Tentera Darat Britain

Tentera Darat British (Tentera British) (Bahasa Inggeris : British Army) adalah satu cabang perkhidmatan di dalam Angkatan Tentera British. berlainan dengan Tentera Laut Diraja British dan Tentera Udara Diraja British yang menggunakan gelaran "DiRaja", Tentera Darat British tidak menggunakan gelaran "DiRaja". Sebaliknya gelaran tersebut digunakan oleh kor dan rejimen yang berkhidmat dengan Tentera British.Tentera British telah berkhidmat diseluruh pelusuk dunia, mengembangkan Empayar British. Kini Tentera British tidaklah sebesar pasukan semasa di zaman kegemilangannya, sebaliknya telah bertukar bentuk menjadi satu pasukan yang perkasa dan dilengkapkan dengan senjata dan peralatan moden. Tentera British adalah antara pasukan paling maju dalam penggunaan teknologi. Tahap disiplinnya tinggi kerana anggota-anggotanya terdiri dari sukarelawan dan bukannya tenaga kerahan. Anggota Tentera British adalah antara anggota tentera paling terlatih di dunia.